REFLEKSI

NUR ALEYAH MAIYSARAH BINTI JALAL

4 YALE, JP 180031




SOALAN 8
 Pada hari ini, bertarikh 15 Jun 2021, kumpulan saya, bersama Seri Auni dan Izza Adriena, 4 Yale, berjaya menghabiskan pembelajaran Bab 4 Sejarah. Menerusi pembelajaran harini, kumpulan saya berjaya menyiapkan tugasan yang disediakan guru, Puan Syahriah Binti Besah, dengan baik. 

Dengan mengaplikasikan IB Learner Profil; Communication,
kumpulan saya menggunakan medium Google Meet bagi berkomunikasi secara maya, bagi menjayakan tugas yang diberikan. Melalui medium tersebut, kami dapat berbincang antara satu sama dengan lebih baik. 

Saya juga turut mengaplikasikan ATL Skills, Self-Management. 
Hal ini kerana setiap seorang ahli kumpulan termasuk saya perlu menyiapkan beberapa soalan yang telah kami bahagikan. Dengan ini, saya turut berjaya  menjalankan kersajasama antara ahli kumpulan dengan melakukan tugasan yang ditetapkan.


SOALAN 9
Melalui pembelajaran hari ini, saya berjaya meningkatkan semangat nasionalis dengan mengambil iktibar melalui sejarah. Seperti contoh, kejadian pembentukan Malayan Union yang dibantah sekeras-kerasnya oleh orang Melayu menunjukkan betapa pentingnya hak Orang Melayu, serta bagaimana dengan semangat mereka yang mahukan kemerdekaan untuk memimpin sendiri negara ini. Saya juga dapat membuat kesimpulan bahawa dengan mempunya semangat cinta akan negara yang tinggi, dapat meningkatkan lagi semangat nasionalis dalam diri saya. Hal ini penting bagi membuatkan saya berazam untuk turut mempertahankan negara ini daripada mengalami sejarah yang berulang.

Pembelajaran hari ini turut melibatkan IB Learner Profile; Caring.
Hal ini kerana sikap "caring" atau sayang akan negara mampu membentuk dan meningkatkan lagi semangat nasionalis.







Comments

  1. tahniah teruskan usaha menulis dan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat

    ReplyDelete

Post a Comment