Posts

Image
 REFLEKSI NUR ALEYAH MAIYSARAH BINTI JALAL 4 YALE, JP 180031 SOALAN 8  Pada hari ini, bertarikh 15 Jun 2021, kumpulan saya, bersama Seri Auni dan Izza Adriena, 4 Yale, berjaya menghabiskan pembelajaran Bab 4 Sejarah. Menerusi pembelajaran harini, kumpulan saya berjaya menyiapkan tugasan yang disediakan guru, Puan Syahriah Binti Besah, dengan baik.  Dengan mengaplikasikan IB Learner Profil; Communication, kumpulan saya menggunakan medium Google Meet bagi berkomunikasi secara maya, bagi menjayakan tugas yang diberikan. Melalui medium tersebut, kami dapat berbincang antara satu sama dengan lebih baik.  Saya juga turut mengaplikasikan ATL Skills, Self-Management.  Hal ini kerana setiap seorang ahli kumpulan termasuk saya perlu menyiapkan beberapa soalan yang telah kami bahagikan. Dengan ini, saya turut berjaya  menjalankan kersajasama antara ahli kumpulan dengan melakukan tugasan yang ditetapkan. SOALAN 9 Melalui pembelajaran hari ini, saya berjaya meningkatkan...

Pengalaman Bercuti Di Pontian, Johor

Image
Melati kuntum tumbuh melata,  Sayang merbah di pohon cemara;  Assalamualaikum mulanya kata,  Saya sembah pembuka bicara. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi membaca coretan kata-kata saya dan sanggup meluangkan masa yang amat berharga.  Johor merupakan permata selatan Malaysia. Pelbagai destinasi menarik terdapat di sepuluh buah daerahnya. Namun destinasi yang saya ingin kongsikan hari ini sebahagian besarnya terdapat di daerah Pontian. Hasil daripada kemajuan teknologi dengan gandingan ekonomi yang semakin pulih, beberapa pusat pelancongan telah dibina bagi dijadikan tempat persiaran dan tarikan pelacong baik rakyat tempatan mahupun warga asing.   Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya bersama keluarga tercinta bercuti. Asalnya, kami tidak mempunyai apa-apa perancangan khas untuk menghabiskan cuti akhir tahun 2019, tetapi tugas Assessment Travelog telah memberi kami sekeluarga sebuah idea yang bernas untuk menghabiskan cut...