Posts

Showing posts from May, 2020

Pengalaman Bercuti Di Pontian, Johor

Image
Melati kuntum tumbuh melata,  Sayang merbah di pohon cemara;  Assalamualaikum mulanya kata,  Saya sembah pembuka bicara. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi membaca coretan kata-kata saya dan sanggup meluangkan masa yang amat berharga.  Johor merupakan permata selatan Malaysia. Pelbagai destinasi menarik terdapat di sepuluh buah daerahnya. Namun destinasi yang saya ingin kongsikan hari ini sebahagian besarnya terdapat di daerah Pontian. Hasil daripada kemajuan teknologi dengan gandingan ekonomi yang semakin pulih, beberapa pusat pelancongan telah dibina bagi dijadikan tempat persiaran dan tarikan pelacong baik rakyat tempatan mahupun warga asing.   Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya bersama keluarga tercinta bercuti. Asalnya, kami tidak mempunyai apa-apa perancangan khas untuk menghabiskan cuti akhir tahun 2019, tetapi tugas Assessment Travelog telah memberi kami sekeluarga sebuah idea yang bernas untuk menghabiskan cut...